Bewise Inc. www.tool-tool.com Reference source from the internet.
Motosikal adalah sejenis kenderaan berodua dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.
Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal, oleh itu penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut.
Selain kestabilan, kelemahan utama motosikal ialah tiada perlindungan terhadap cuaca buruk serta penunggang motosikal amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Sungguhpun demikian, motosikal adalah satu bentuk pengangkutan yang tetap diminati oleh sebahagian pengguna jalan raya kerana menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki serta penunggang boleh mencelah ketika jalan raya sesak.
[sunting] Jenis motosikal
Motosikal pada lazimnya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
- Superbike - Motosikal superbike lazimnya menggunakan enjin DOHC berkuasa tinggi antara 600 cc hingga 1000 cc. Kerangkanya direka dengan kukuh dan tegar agar dapat menampung kuasa enjin serta kelajuan yang tinggi, dan lazimnya kerangka superbike adalah dari jenis aluminium spar berkembar. Tempah duduk serta bar pemegang motosikal superbike dibuat rendah untuk merendahkan tapak graviti agar motosikal menjadi stabil pada kelajuan tinggi. Motosikal superbike secara lazimnya mampu mencapai kelajuan melebihi 260 km/j, oleh itu motosikal superbike sering digunakan di dalam perlumbaan.
- Sports touring - Motosikal jenis sports touring mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan motosikal superbike, tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang semasa perjalanan jauh. Tempat duduk serta bar pemegang ditinggikan untuk memberi keselesaan. Enjin juga ditala agar lebih menjimatkan bahan api.
- Cruiser - Motosikal cruiser direka untuk perjalanan jauh. Biasanya enjin bagi sebuah motosikal cruiser mempunyai putaran enjin yang rendah, oleh itu enjin cruiser mempunyai kilasan yang tinggi tetapi kuasa kuda yang tidak begitu tinggi, oleh itu motosikal cruiser menjimatkan bahan api.
- American cruiser / Chopper - Motosikal chopper adalah sejenis motosikal cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat. Motosikal chopper mempunyai bar pemegang yang tinggi, tempat duduk rendah, roda belakang yang jauh lebih besar daripada roda hadapan, pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara. Secara amnya, motosikal chopper adalah berasaskan rekabentuk model-model motosikal Harley-Davidson.
- Naked - Motosikal naked mendapat gelaran sedemikian kerana motosikal jenis sebegini menampakkan enjinnya serta tidak mempunyai fairing. Sifat enjinnya serta pengendaliannya adalah sama dengan motosikal sports touring.
- Motocross / off-road - Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih kuat berbanding di jalan raya. Tayar motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah.
- Dual-purpose - Motosikal dwikegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi dipadankan agar selesa digunakan di atas jalan raya biasa.
- Skuter - Motosikal skuter lazimnya ditenagai enjin kecil antara 50 cc hingga 150 cc, tetapi terdapat model-model skuter besar dengan kapasiti antara 250 cc hingga 900 cc. Motosikal skuter amat popular di Eropah kerana menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan. Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan lazimnya terdiri daripada enjin 1 silinder untuk meninggikan kilasan. Model-model skuter terawal menggunakan transmisi manual, tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT. Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk, tetapi tangki minyak skuter besar pula terletak di bahagian hadapan. Skuter moden pada hari ini mempunyai ruang simpanan barang di bawah tempat duduk. Motosikal skuter direka berasaskan model skuter Piaggio Vespa.
- Kapcai - Motosikal kapcai adalah model motosikal kecil yang amat popular di Asia berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah. Motosikal kapcai juga terdapat di Eropah, tetapi ia juga dipanggil skuter di sana. Motosikal kapcai digerakkan oleh enjin kecil antara 50 cc hingga 125 cc, oleh itu motosikal skuter amat menjimatkan bahan api dengan kadar penggunaan petrol serendah antara 38 km/L hingga lebih 50 km/L. Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual tetapi menggunakan klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan klac manual. Seperti skuter, tangki minyak motosikal kapcai terletak di bawah tempat duduk. Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub.
Motosikal juga boleh dipasang dengan tempat duduk sisi (sidecar), malah ada gerai bergerak yang dipasang bersama-sama motosikal bagi membolehkannya diangkut ke mana sahaja.
[sunting] Enjin
Semua motosikal menggunakan enjin petrol sama ada 4 lejang atau 2 lejang dengan kapasiti antara 50 cc hingga melebihi 1000 cc. Motosikal kecil seperti skuter dan kapcai menggunakan karburetor bagi mencampurkan petrol dan udara, tetapi kebanyakan motosikal yang lebih besar pula menggunakan sistem suntikan bahan api. Kawalan terhadap kelajuan enjin motosikal dilakukan dengan memulas genggam pendikit. Motosikal terdahulu menggunakan sistem magneto dengan poin sesentuh, tetapi semua model motosikal yang dikeluarkan sekarang menggunakan sistem penyalaan elektronik.
[sunting] Transmisi
Sistem transmisi bagi motosikal disepadukan dengan enjin. Tidak seperti kenderaan lain di mana enjin dan transmisi adalah 2 unit yang berasingan, sistem transmisi bagi motosikal terletak di kotak engkol enjin. Kebanyakan motosikal menggunakan transmisi manual berjujukan, di mana penunggang perlu menggerakkan tuas penukar gear ke atas atau ke bawah menggunakan kaki kiri. Skuter pula menggunakan sistem transmisi automatik CVT (transmisi boleh ubah berterusan) yang menggunakan tali sawat tanpa perlu terkial-kial menukar gear. Motosikal kapcai pula menggunakan klac emparan automatik bagi membolehkan penunggang menukar gear dengan mudah tanpa perlu menghadapi masalah enjin hampir mati akibat masalah kurang cekap menggunakan klac.
Kebanyakan motosikal menggunakan rantai bagi memindahkan kuasa dari sistem transmisi ke roda belakang, tetapi terdapat beberapa jenis motosikal yang menggunakan tali sawat atau aci pacu bagi pemindahan kuasa.
[sunting] Brek
Kebanyakan motosikal model terkini menggunakan brek cakera pada motosikal mereka untuk memperoleh kuasa membrek yang cukup kuat. Lazimnya, cakera brek hadapan adalah lebih besar, dan motosikal superbike menggunakan brek cakera berkembar bertujuan untuk kuasa membrek yang lebih kuat di bahagian hadapan kerana sebahagian besar daya yang terhasil daripada pecutan serta berat motosikal lebih tertumpu di bahagian hadapan.
Motosikal kapcai dan skuter pula menggunakan brek gelendong pada roda belakang dan brek cakera pada roda hadapan, tetapi sesetengah model kapcai menggunakan brek gelendong sepenuhnya bagi menjimatkan kos pengeluaran.
[sunting] Teknologi motosikal
- Klac automatik emparan - Klac yang akan beroperasi secara automatik hasil daripada daya emparan yang dihasilkan oleh enjin. Sekiranya kelajuan enjin melebihi kelajuan melahu, daya emparan yang terhasil akan meningkat, menyebabkan pemberat emparan mencangkuk pada gigi klac emparan dan kuasa dapat dipindahkan ke sistem transmisi. Teknologi ini digunakan pada motosikal kapcai dan skuter.
- Transmisi manual berjujukan - Sistem transmisi sebegini membolehkan penunggang menukar gear dengan menggerakkan tuas gear ke atas atau ke bawah tanpa masalah tersalah gear serta menjimatkan ruang.
- Transmisi automatik CVT - Sistem transmisi yang menggunakan tali sawat, takal boleh laras serta beberapa biji pengguling pemberat. Pada kelajuan rendah, kurang daya emparan terhasil, maka takal pertama mempunyai diameter yang kecil dan memberikan nisbah gear rendah. Apabila kelajuan enjin meningkat, daya emparan pada pengguling pemberat meningkat, menyebabkanpengguling pemberat tertolak keluar dan menolak plat takal pertama, menyebabkan diameter takal pertama menjadi besar, memberikan nisbah gear tinggi.
- Enjin Genesis - Merupakan enjin yang direkabentuk oleh Yamaha bagi membolehkan tapak roda bagi motosikal berkuasa tinggi keluarannya direndahkan agar pengendalian menjadi lebih baik. Dalam enjin Genesis, aci engkol serta aci kekotak gear disusun membentuk segitiga menjadikan enjin lebih padat, berbeza dengan kebanyakan pengeluar motosikal yang menggunakan susunan tradisional berbentuk lurus.
- Injap kuasa 2 lejang - Injap kuasa berfungsi mengubah saiz rongga ekzos bagi enjin 2 lejang bagi membolehkan kuasa ditingkatkan pada kelajuan enjin tinggi serta meningkatkan kilasan serta mengurangkan penggunaan minyak pada kelajuan rendah.
- Pam autolube - Pam autolube membolehkan minyak pelincir 2 lejang dicampurkan bersama petrol dengan tepat. Sebelum pam autolube dicipta, pengguna motosikal 2 lejang perlu mencampurkan sendiri minyak pelincir 2 lejang di dalam tangki minyak, menyebabkan campuran pelincir yang kurang tepat. Akibatnya, enjin menjadi kejang jika kekurangan pelincir serta enjin menghasilkan asap tebal berlebihan serta mengotorkan palam pencucuh jika berlebihan pelincir.
[sunting] Masalah pengendalian motosikal
Salah satu punca utama kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal adalah berpunca daripada masalah kestabilan. Masalah kestabilan ketika mengambil selekoh boleh dikurangkan dengan mengurangkan sedikit kelajuan sebelum mengambil selekoh serta mengamalkan cara betul mengambil selekoh iaitu dengan menunggang dengan condong sedikit ketika mengambil selekoh.
Masalah tayar juga boleh menjejaskan kestabilan motosikal. Masalah tayar yang pancit tanpa disedari adalah amat berbahaya dan boleh mengakibatkan motosikal hilang kestabilan serta mengakibatkan kemalangan. Oleh itu, adalah amat penting untuk memeriksa keadaan tayar sebelum menunggang motosikal.
Masalah-masalah pengendalian yang lebih serius adalah berpunca daripada galas roda yang sudah rosak, penjajaran roda yang tidak betul, sistem suspensi yang tidak seimbang, kegagalan sistem brek serta sistem kerangka yang sudah bengkok. Oleh itu, adalah amat penting bagi penunggang untuk memastikan motosikal berada dalan keadaan yang paling sempurna sebelum menggunakannya.
[sunting] Perlumbaan motosikal
Sejak motosikal mula dicipta, pelbagai jenis perlumbaan yang diadakan bagi menguji kelajuan serta kuasa motosikal yang dipertaruhkan di samping kecekapan penunggang dalam mengendalikan motosikal masing-masing. Acara perlumbaan yang dijalankan adalah sama ada perlumbaan motocross yang diadakan di litar jalan tanah merah ataupun perlumbaan yang dijalankan di atas litar berturap.
Kejohanan Grand Prix Motosikal, atau MotoGP adalah siri perlumbaan motosikal yang paling penting seperti mana Formula 1 bagi perlumbaan kereta. MotoGP diadakan dalam 3 kategori iaitu MotoGP, 250 cc dan 125 cc. Satu lagi siri perlumbaan motosikal yang tidak kurang hebatnya ialah perlumbaan Superbike yang mempertaruhkan model-model superbike 1000 cc dan 600 cc.
Di Malaysia, kejohanan Malaysian Cub Prix diadakan bagi mencungkil bakat pelumba-pelumba negara di samping menyediakan satu saluran yang betul bagi golongan muda menyertai sukan bermotor untuk mengelakkan mereka melibatkan diri dalam perlumbaan haram. Perlumbaan Cub Prix terdiri daripada kategori Novice, Expert dan Wira yang menggunakan model-model motosikal kapcai.
[sunting] Sejarah
Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada basikal. Berikutan dengan itulah terhasilnya motosikal pertama di dunia yang digerakkan oleh enjin wap, diikuti dengan motosikal yang menggunakan enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Sejak daripada itulah rekaan motosikal terus berevolusi mengikut zaman sehinggalah kepada model-model motosikal terkini yang dapat kita lihat pada hari ini.
Motosikal berkuasa petrol terawal dicipta oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula dijual kepada orang ramai dan model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman.
Sejarah awal motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat, namun pada hari ini industri motosikal sebahagian besarnya dikuasai oleh pengeluar-pengeluar dari Jepun sepertiHonda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan motosikal sendiri melalui penubuhan Modenas pada tahun 1995.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Modenas, sila klik sini.
歡迎來到Bewise Inc.的世界,首先恭喜您來到這接受新的資訊讓產業更有競爭力,我們是提供專業刀具製造商,應對客戶高品質的刀具需求,我們可以協助客戶滿足您對產業的不同要求,我們有能力達到非常卓越的客戶需求品質,這是現有相關技術無法比擬的,我們成功的滿足了各行各業的要求,包括:精密HSS DIN切削刀具、協助客戶設計刀具流程、DIN or JIS 鎢鋼切削刀具設計、NAS986 NAS965 NAS897 NAS937orNAS907 航太切削刀具,NAS航太刀具設計、超高硬度的切削刀具、醫療配件刀具設計、汽車業刀具設計、電子產業鑽石刀具、木工產業鑽石刀具等等。我們的產品涵蓋了從民生刀具到工業級的刀具設計;從微細刀具到大型刀具;從小型生產到大型量產;全自動整合;我們的技術可提供您連續生產的效能,我們整體的服務及卓越的技術,恭迎您親自體驗!!
BW Bewise Inc. Willy Chen willy@tool-tool.com bw@tool-tool.com www.tool-tool.com skype:willy_chen_bw mobile:0937-618-190 Head &Administration Office No.13,Shiang Shang 2nd St., West Chiu Taichung,Taiwan 40356 http://www.tool-tool..com / FAX:+886 4 2471 4839 N.Branch 5F,No.460,Fu Shin North Rd.,Taipei,Taiwan S.Branch No.24,Sec.1,Chia Pu East Rd.,Taipao City,Chiayi Hsien,Taiwan
Welcome to BW tool world! We are an experienced tool maker specialized in cutting tools. We focus on what you need and endeavor to research the best cutter to satisfy users’ demand. Our customers involve wide range of industries, like mold & die, aerospace, electronic, machinery, etc. We are professional expert in cutting field. We would like to solve every problem from you. Please feel free to contact us, its our pleasure to serve for you. BW product including: cutting tool、aerospace tool .HSS DIN Cutting tool、Carbide end mills、Carbide cutting tool、NAS Cutting tool、NAS986 NAS965 NAS897 NAS937orNAS907 Cutting Tools,Carbide end mill、disc milling cutter,Aerospace cutting tool、hss drill’Фрезеры’Carbide drill、High speed steel、Milling cutter、CVDD(Chemical Vapor Deposition Diamond )’PCBN (Polycrystalline Cubic Boron Nitride) ’Core drill、Tapered end mills、CVD Diamond Tools Inserts’PCD Edge-Beveling Cutter(Golden Finger’PCD V-Cutter’PCD Wood tools’PCD Cutting tools’PCD Circular Saw Blade’PVDD End Mills’diamond tool ‘Single Crystal Diamond ‘Metric end mills、Miniature end mills、Специальные режущие инструменты ‘Пустотелое сверло ‘Pilot reamer、Fraises’Fresas con mango’ PCD (Polycrystalline diamond) ‘Frese’Electronics cutter、Step drill、Metal cutting saw、Double margin drill、Gun barrel、Angle milling cutter、Carbide burrs、Carbide tipped cutter、Chamfering tool、IC card engraving cutter、Side cutter、NAS tool、DIN or JIS tool、Special tool、Metal slitting saws、Shell end mills、Side and face milling cutters、Side chip clearance saws、Long end mills、Stub roughing end mills、Dovetail milling cutters、Carbide slot drills、Carbide torus cutters、Angel carbide end mills、Carbide torus cutters、Carbide ball-nosed slot drills、Mould cutter、Tool manufacturer.
ようこそBewise Inc.の世界へお越し下さいませ、先ず御目出度たいのは新たな
情報を受け取って頂き、もっと各産業に競争力プラス展開。
弊社は専門なエンド・ミルの製造メーカーで、客先に色んな分野のニーズ、
豊富なパリエーションを満足させ、特にハイテク品質要求にサポート致します。
弊社は各領域に供給できる内容は:
(3)鎢鋼エンド・ミル設計
(4)航空エンド・ミル設計
(5)超高硬度エンド・ミル
(7)医療用品エンド・ミル設計
弊社の製品の供給調達機能は:
(4)オートメーション整備調達
弊社の全般供給体制及び技術自慢の総合専門製造メーカーに貴方のご体験を御待ちしております。
BW специализируется в научных исследованиях и разработках, и снабжаем самым высокотехнологичным карбидовым материалом для поставки режущих / фрезеровочных инструментов для почвы, воздушного пространства и электронной индустрии. В нашу основную продукцию входит твердый карбид / быстрорежущая сталь, а также двигатели, микроэлектрические дрели, IC картонорезальные машины, фрезы для гравирования, режущие пилы, фрезеры-расширители, фрезеры-расширители с резцом, дрели, резаки форм для шлицевого вала / звездочки роликовой цепи, и специальные нано инструменты. Пожалуйста, посетите сайт www.tool-tool.com для получения большей информации.
BW is specialized in R&D and sourcing the most advanced carbide material with high-tech coating to supply cutting / milling tool for mould & die, aero space and electronic industry. Our main products include solid carbide / HSS end mills, micro electronic drill, IC card cutter, engraving cutter, shell end mills, cutting saw, reamer, thread reamer, leading drill, involute gear cutter for spur wheel, rack and worm milling cutter, thread milling cutter, form cutters for spline shaft/roller chain sprocket, and special tool, with nano grade. Please visit our web www.tool-tool.com for more info.